Monday 11 July 2011

Awek aku dh mula ska & kempunan mkn durian

Byknye durian nie... Nk uat ape ek?? Tempoyak?? Bubur durian??


Hahaha... Tahun nie aku terkejut sgt... Tiba2 je awek aku mkn durian. sebelum nie tak penah pon nk mkn durian. Bau pon tak bleh. Tapi takpe la, jnji dia mkn tak jd ape2 sudah la. First2 aku dengar dia mkn 1 ulas, pastu aku dengar plak dia mkn 6 ulas, pastu plak dia bleh mkn satu biji durian tu. Fuhyoo, terkejut aku dibuatnye. Dulu bau durian nie busuk, skang dia kata bau durian nie sedap plak. Hahahaha. Ajaib btoi.


Agak2 suma nie bape ringgit?? Cuba la teka...

Cara-cara hendak membuka durian??
Dicadangkan bahawa mereka yang baru belajar membeli durian agar mendapatkan durian yang telah siap dibuka kerana membuka buah durian agak sukar. Lazimnya ia mudah untuk mencari kedai yang memberi perkhidmatan membungkus isi. Kebanyakan penjual akan membuka buah sebagai satu perkhidmatan apabila pembeli telah bersetuju membelinya. Ini berlaku walaupun jika mereka tidak membungkusnya ke dalam bentuk bungkusan yang lain. Bagaimanapun, buah durian yang dibuka perlu dimakan di dalam tempoh waktu beberapa jam sahaja kerana buah yang dibuka cenderung untuk "berpeluh ". Apabila isi telah mula untuk menghasilkan air buah durian kehilangan rasanya dan tidak banyak gunanya.
Buah durian boleh dibuka dengan belajar secara berhati-hati belajar dan dengan menggunakan peralatan yang biasa terdapat. Pemeriksaan kulit luar buah akan mendedahkan "garis" sepanjang permukaan di mana duri durian tersusun dalam baris lurus disebalik duri yang kelihatan bertaburan secara rawak pada permukaan lain. Umumnya terdapat sehingga 5 garis sepanjang permukaan buah durian.
Bahagian tangkai durian sepatutnya diterbalikkan dan garisan urat sepatutnya tertumpu satu titik sekitar di bawah buah. Dengan perlahan jolok satu objek tajam ke dalam titik ini. Lazimnya benda seperti penebuk, penjuru pemotong daging ataupun pemulas skru adalah berguna. Kemudian gelongsor objek tajam sepanjang "garia" yang telah dikenal pasti sebelum ini. Ia adalah satu idea yang baik untuk mempunyai satu sarung tangan atau satu kain buruk yang tebal untuk memegang buah durian dengan sebelah tangan, sementara sebelah yang lain melakukan tugasan ini. Satu buah durian yang berputar mungkin kelihatan seperti satu perkara yang kelakar, tetapi tertusuk duri durian adalah risiko yang benar.
Apabila kulit buah durian telah pun terbuka kepada dua bahagian, isi di dalam boleh dimakan. Bahagian ruas selebihnya boleh ditolak dengan menggunakan tapak tangan untuk menolak pada bingkai kulit durian pada bahagian yang bertentangan. Ia boleh membantu untuk mengoyakkan hujung kulit durian sedikit pada sepanjang pusat titik tengah sebelum melakukan ini.
Durian btoi ke panas??
Durian dianggap sebagai makanan panas dan sesiapa yang terlebih makan durian akan mendapati dirinya berpeluh dengan banyaknya sejurus selepas makan durian. Penawar tradisi ialah untuk minum air kosong dari pangsa kulit buah. Selain itu, musim durian lazimnya berlaku bersama dengan manggis yang dianggap sebagai mempunyai kesan penyejuk kepada badan. Oleh itu, kedua-dua buah-buahan ini lazimnya dimakan bersama.
Orang yang mempunyai penyakit tekanan darah tinggi, secara tradisinya dinasihati mengelakkan durian kerana ia dipercayai mempunyai kandungan yang berkhasiat yang boleh memberi tekanan pada badan.

Monday 28 March 2011

Jenis-jenis Orang yang Kentut...

Setiap manusia mesti kentut kan? Betul tak? Jadi kat sini aku nk citer sikit la jenis-jenis orang yang kentut. Tapi citer nie tak tau la betul or tak. Cuma kita try kaji tgk btoi tak kajian nie. Jom kita kaji.

1 . ORANG YANG TIDAK JUJUR
Orang yang kalau kentut, selalu menyalahkan orang lain

2 . ORANG BANGANG
Orang yang menahan kentutnya berjam jam

3 . ORANG YANG BERWAWASAN JAUH
Orang yang tahu bila dia hendak kentut

4 . ORANG SENGSARA
Orang yang nak kentut tapi tak boleh kentut

5 . ORANG YANG MISTERI
Orang yang kalau kentut, orang lain takkan tahu

6 . ORANG YANG GUGUP
Orang yang tetiba tahan kentutnya bila tiba masa untuk kentut

7 . ORANG YANG PERCAYA PADA DIRI SENDIRI
Orang yang selalu menganggap kentutnya berbau harum

8 . ORANG YANG SADIS
Orang yang kentut di katil, terus mengibaskan kentutnya pada katil orang lain

9 . ORANG YANG PEMALU
Orang yang kalau kentut selalunya tak berbunyi tapi selalu merasa malu sendiri

10. ORANG YANG STRATEGIK
Orang yang sering menyembunyikan kentutnya dengan ketawa terbahak-bahak agar tidak didengari oleh orang lain

11. ORANG YANG pandai
Orang yang dah kentut, kemudian menarik nafas untuk menggantikan angin yang keluar

12. ORANG YANG PELIK
Orang yang kalau terkentut, mengeluarkannya sediki-sedikit sampai bunyi "tit - tit - tittttt"

13. ORANG YANG SOMBONG
Orang yang kalau kentut selalu berasa bangga dengan kentutnya

14. ORANG YANG PERAMAH
Orang yang sering mencium kentut orang lain

15. ORANG YANG TIDAK SUKA BERGAUL
Orang yang selalu kentut bersembunyi

16. ORANG YANG AKUATIK
Orang yang selalu kentut dalam air sampai berbunyi"blekutuk - blekutuk - bloop -bloop -bloopp"

17. ORANG YANG ATHLIT
Orang yang kalau kentut, sering mengeluarkan tenaga dalaman

18. ORANG YANG JUJUR
Orang yang sering mengaku apabila terkentut

19. ORANG YANG PINTAR
Orang yang boleh menilai bau kentut seseorang

20. ORANG YANG ROMANTIK
Orang yang sering memuji-muji kentut pasangannya tu merdu dan wangi...

Agak2 korang la kan, ada sesetengah kajian nie mcm btoi kan.
Tak caye, try kita kaji kentut sendiri tgk cmne.
Hahaha....
Mari kita renung2 kan dan selamat mengkaji....
Hehehehe....

Sunday 27 March 2011

Loghat Negeri Sembilan

Koba - kata/menyatakan
Cth Ayat: Den dah Koba'an, jangan poei kek topi sungai tu. Kan dah Kono.

Goba - selimut
Cth Ayat: Sapo punyo goba ini, dah koto?

Podeh - Pedas
Cth Ayat: Sambal udang tu podeh bona.

Ambik - Ambil
Cth Ayat: Poei ambik buah kelapo tu, den nak masak gulai ni.

Copek - Cepat
Cth ayat: Cubolah jalan copek cikit, kot tetingga bas nanti.



Samo tapi tak seghupo

1 Boto vs Boto

i) boto (-or-ou-) = betul
ii) boto (-or-or-) = botol

Contoh ayat: Memang boto-lah boto tue.. (Memang betul-lah botol tue..)


2 Koto vs Koto

i) koto (-or-or-) = kotor
ii) koto (-ou-ou-) = ketul

Contoh ayat : Koto boto-lah bondo yang bekoto-koto nie.. (Kotor betul-lah benda yang berketul-ketul nie..)


3 Ghuti vs Ghoti

i) ghuti = roti
ii) ghoti (-or-i) = reti

Contoh ayat: Ekau ni ghoti ko tak buEk ghuti nie..(Awak ni reti atau tidak buat roti?)


4 Bughok vs Boghok

i) bughok (-u-ou-) = buruk
ii) boghok (-or-ou-) = beruk

Contoh ayat: Bughok lak nampak’eh ghoman boghok ni..(Buruk pula nampaknya rupa beruk ni) **sekadar contoh ayat, tidak berkenaan dgn mana2 beruk; yg masih hidup mahupun yg sudah mati..


5 Logo vs Logo

i) logo (-ou-ou-) = logo
ii) logo (-or-or-) = lega

Contoh ayat: Logo ghaso’Eh dapEk siap’an logo tu..(Lega rasanya dah dapat siapkan logo tu..)


6 Koghek vs Koghek

Ini ‘confuse’ sikit..1 perkataan merujuk kepada ‘kerat’ dan 1 lagi bermaksud ‘korek’
Contoh ayat: tiada; sebab ‘confuse’...



7 Biak/Bicak vs Becak/Lecak

Orang Johol/Pilah/Ghombau menyebut biak/bicak merujuk kepada becak/lecak..
Dalam Bahasa Melayu ‘biak’ atau membiak bermaksud berkembang, tumbuh, membesar..



Vocabs

pengolik = penakut

kopam = kusam/kotor

lanteh = tembus (cahaya)

tolut/lut = tajam/makan (pisau)

kepet = leper

dingket = cetek

sendeng = senget

senteng = singkat/pendek

jolap = gelojoh

bingit = bising

Hehehe... Awek aku owg nogori. Tu den blajo loghat nogori tu. Huhuhuhu....

Sunday 20 March 2011

Duit oh duit....

Aaaaarrrrgggghhhh.....
Ekonomi aku sekarang sedang gawat lorh....
Huhuhuhuhu....
Cmane nk cari duit nie???
Dugaan yg menimpaku tak bererti aku akan putus harapan disini....
Sepatutnya aku ku tabah menghadapinya....
Anggapkan ini sebagai satu cabaran dlm hidup aku.....
Masalah ini bukan penghalang bg aku utk berjaya.....
Ape2 pon sokongan daripada mak n ayah aku tak penah berhenti memberi semangat kepadaku walaupon mereka jauh driku....
Thanks...
Terima kasih jgk kepada mak n pak saudaraku dlm membantuku sehingga sekarang, tidak kira bantuan dri Segi ape pon....
Thanks...
Syg awek aku padaku tak penah luntur....
Dia sentiasa bersama aku memberi semangat dan serba sedikit membantuku ketika aku dlm kesusahan....
Thanks cyg....
Dan tidak lupa jgk member aku Mr.k yg membantuku ketika aku kesusahan.
Thanks kwn....

 

Wednesday 16 March 2011

Yang Sempurnakanku

Kau lah bidadari dalam hidupku....
Yang slalu hadir di dalam mimpiku....
Bunga yang slalu harungi hariku....
Anugerah Tuhan yang sempurnakanku....

Bila kau jauh aku slalu rindu....
Bila kau ada hatikan berbunga....

Ku akan slalu menjadi bintangmu....
Menerangi gelap dan mimipimu....
Aku setia di sini mengusap tangismu....
Menemani sunyi di hatimu....

ooooooowwwwww.....
ooooooowwwwww.....
oowww...
oowww...

My Blog.... (: p)


Inilah aku & awek aku cintai


Mesti anda suma tertanye kan, kenape aku uat blog nie. Aku sendiri pon tak tau kenape aku bleh uat blog nie. Mungkin ini kerana C.I.N.T.A yang menyebabkan blog aku ini terjadi. Matlamat aku yg pertama sekali biler aku uat blog nie, aku nk menggambarkan bertapa aku syg sgt2 pada awek aku nie. Yang kedua, mungkin dgn blog ini aku dpt meluah dan menunjukkan bertapa aku syg sgt2 pada awek aku yang aku anggap mcm isteriku sendiri. Oopss...!! Tp kami blom kawen lg tau. Insyaallah ada rezeki kami nk kawen ar nnt. Hehehe... Melepas la hampa suma. Awek aku yang dpt aku dulu dari hampa. Jgn jeles dgn awek aku tau. Hehehe... Awek aku seorang je dpt menawan hati aku. Nk tau kenape dia dpt menawan hati aku? Sebab cintaku diibaratkan seperti seekor kumbang yang menghinggap pada sekuntum bunga yg cantik, tidak pernah layu dan kehabisan madunya. Tak pernah berhenti menyalurkan madu kepada kumbang itu. Dan kumbang tu tak penah menghinggap pada bunga yang lain pon dan hanya setia pada sekuntum bunya itu sahaja.  Itulah gambaran cintaku padanya. Hebat tak? Hehehe... Akhir sekali dan ini tidak bermakna matlamat aku berakhir disini dgn blog aku nie, disini jgk aku dpt citer dan simpan kenangan mesra aku bersama dia dlm blog nie. So, blog aku nie umpama diari aku jgk la kiranye. Sebenarnye byk lg aku nk citer kenangan aku bersama dia, tp bukan disini. Mungkin dlm pages bru kowt. Tak bleh la open sgt, kena private la sket. (: p)

Tuesday 15 March 2011

Assalamualaikum....

Hai... Salam perkenalan pada suma. Nama aku sebenarnya Hafizzudin B.Azmi, tp orang panggil aku Apit je. Yang tu nickname glamour aku sekarang. Sebelum nie, masa kat sekolah rendah aku dikenali sebagai Din. Entah mcm mana ntah aku bleh dpt nama Din tu? Maybe Din kat nama sebenar aku kowt. Tp dlm family dan saudara mara aku suma panggil aku Apit. So start je, sekolah menengah aku try nk ubah nickname aku kepada Apit, tp tak berjaya jgk sbb kat sekolah menengah aku dlu tu byk plak kwn2 aku masa kat sekolah rendah. Hampeh btoi. Tp takpe, abes sekolah menengah terus aku ubah nickname aku tu jd Apit. Alhamdullillah, berjaya jgk akhirnye. Hehehe... Tu serba sket sejarah silam aku waktu muda2 dlu. Sebenarnye ada byk lg, tp takpe la. Lain kali la aku citer len. Aku asal dari Alor Star, Kedah. Orang utara la katakan. Tp sekarang menetap di Seberang Perai, P.Pinang. Aku anak sulong dari 7 orang adik beradik. Abg misali lah katakan. Huhuhu... Ini la serba sket biodata aku yang aku dpt citerkan. Kalau nk tau lg pandai2 la cari sendiri. (: p)